Hani

My photo
Gombak, Kuala Lumpur, Malaysia
Persetankan Itu Semua.

Monday, March 16, 2015

Its been a while. I know

Assalamualaikum!

Its been a while since I wrote my last post.
I know.
Been busy with work, social life, friends and for sure, new life as a wife.

Its a great journey.
No wonder people keep telling that "Bestnya Kawin"
Hate to say it but, its the truth.
But please, Im not too typical Malay Lady to say that.

All I know is, Praise to Allah.
He know the best.

Dinikahkan pada 20 Feb 2015
Dengan pilihan hati sendiri - Mohd Hafiz Hajenan.
Diwalikan oleh ayah tercinta - Ahmad Fadzil Abd.Talib.
Syukur atas detik-detik yang "captured" dalam kepala otak ni
Majlis semua di buat di rumah.
So its kinda save rather than buat di dewan.

Here,
I belanja you all gambar shannntikkk masa majlis nikah.

Credit Gambar sepanjang majlis :
Pakdinz Photography

 
 

Monday, June 3, 2013

Singapore (Part 1)

Aku pi Singapore, Habaq hang!
hahaha. cam haram. Baru pergi one day trip,
heboh sedunia.
Tapi kesah plak aku, kalau kau tak suka?

ok ok.
Malas nak bising bebanyak.
Sekarang wa nak citer kat lu, macamana nak pergi
One day trip ke Singapore.

Khamis 30.06.2013
Dengan selamber mak wa call wa masa office hour.
Mak : Amacam, dapat cuti tak esok?
Aku : Pasal apa nak cuti plak?
Mak : Aii.. nak gi Singapore kan?
Aku : The hell? *dalam hati la tapi*

Jumaat 31.06.2013
So packing semua dah siap. Aku pi start kereta untuk pergi tukau duit. Bangga habaq ang!

Kau orang kene tukar duit awal-awal.  Pasal apa? Pasal kalau kau bukan local people of Johor,
kau belum tentu tawu kat area mana yang ada. Jangan tukar kat Singapore.  Same reason - Bukan local people of Singapore.
So, aku satu family bertolak ke Johor lah.

Kami orang check in kat Kozi Hotel yang pada aku, kalau kau orang punya budget rendah, boleh lah check in kat hotel ni. Bad news pasal hotel ni ialah

1. Diorang cuma ada 5 iron jer. So kalau bad luck korang masa tu, berjanggut la kau tunggu turn. Itu pun kalau masa kau check in tu musim cuti sekolah. Nasib korang lah.

2. Area tu takda kedai makan. Masa aku pergi lah. Masa korang pergi nanti, mungkin ada.

BUT, The Good News :

1. Diorg ada sediakan pakej bus pergi balik ke Singapore. Ngam-ngam park kat bawah USS.
Sumpah senang. RM30 Pergi-Balik.

2. Bus yang diorg sediakan pun dekat sangat. Selang lebih kurang 5 pintu kedai dari hotel tu.

Sabtu 1 June 2013
Sabtu pagi ni, kita orang satu family naik bus. Mesti la reramai. Takkan la aku satu family naik satu biji bus. Kaya plak bapak aku nak sewa satu bus, Ye dak?

Untuk pengetahuan korang, nak masuk Singapore kene isi satu form. Yakni White Form.
Yang mana dalam form tu nanti, korang kene isi maklumat peribadi termasuk bilangan hari yang korang nak stay kat Singapore tu. hah. Isi ok?

Nak dapatkan White Form ni, kau orang boleh minta pada staff Kozi Hotel atau dengan agent perlancongan korang sendiri. Mereka lebih expert. Aku cakap based pada pengalaman aku jer.

Kite orang bertolak dari Jalan Skudai menuju ke Singapore ambil masa lebih kurang 2 Jam untuk sampai ngam-ngam ke USS. Itu termasuk semua process Imigresen dengan Kastam.

Please. Jangan bawak rokok. Bapak wa bawak rokok. Selamba kene tahan pastu kompaun 140SGD. Nak convert? hah darab lah kau dengan RM2.54(currency sewaktu blog ini ditulis)

sooooooo...
Aku boleh jer tulis cerita kat Singapore tu.
Tapi esok lusa jer la aku buat, eh?
Mata wa ngantuk nih. Nak Qada' tidur pasal letih berjalan shopping sakan kat Singapore.
Serious. Kami satu family pi sana bukan nak masuk USS. Kami nak shopping.
Terer. Kan?
Haaa.....

Nah. Sekeping gambar.








Monday, May 6, 2013

SEMUA dan aku sanggup. Sungguh.



Kau tawu tak perasaan tu?
Perasaan bila kau nak cakap semua, maksud aku SEMUA yang ada dalam hati kau.
Perasaan bila kau nak luahkan semua beban yang ada.
Perasaan bila kau dah tak tertanggung semua berat yang ada.
Perasaan bila kau kene tinggal bila kau sedar, kau kene betulkan kesalahan kau.
Mungkin untuk peluang kali kedua, kali ketiga atau mungkin peluang kali ke 100 juta.

Sebab kau percaya,

Hubungan yang kau bina,
Hubungan yang kau cipta,
Hubungan yang kau harapkan,
Adalah umpama macam..  
something great is happening!

Kau tawu perasaan tu?

Bila kau buat salah, kau punya peluang untuk betulkan.
Bila kau buat salah, kau punya masa untuk bagi penerangan.
Bila kau buat salah, kau telah dimaafkan.
But then,
Bukan orang lain yang musnahkan.
Tapi diri sendiri.

Kau tawu perasaan tu?

Bila kau nak mengadu, tapi kau tak punya sesiapa
Bila kau nak mengadu, tapi kau hilang kata-kata
Bila kau nak mengadu, tapi …
Peluang tu..
Tertutup. Rapat. Jauh. Terhumban. Remuk. Hangus.

Yer.

Perasaan tu.

Kalau diberi peluang,

Sumpah. Aku akan betulkan semua.
Maksud aku..
SEMUA.

*Aku tawu. Itu pun KALAU. dan aku sanggup.

Wednesday, February 6, 2013

H A T E R S

Kau tawu rasa macamana bila kita ada haters?
H A T E R S.
Jangan nak suruh aku ulang bebanyak kali.

Hello.
Hidup ni, kalau kau nak tawu,
Orang sekeliling kau, penuh dengan rasa benci, dengki.
Bukan semua laaa tapi.
Tapi still, kau kene ingat, bukan semua orang senang dengan kau.

Kau buat buat lah macamana sekali pun.
Belum tentu orang-orang itu akan melihat itu dari segi kebaikan.

Benda simple jer kot.Senang.Mudah.
Kau bukan budak kecik lagi yang nak kene diberitahu pasal semua benda.
like :
"Dont do that"
"Its wrong. This is right"
"Follow me, bitch"

Like, Hekeleh

Kau boleh jer kan buat benda untuk stand up for yourself.
Lantak la orang sekeliling nak kata amenda pun pada kau.
Yang penting sekarang, Kau kene kenal pasti siapa haters kau.
contoh terdekat, Aku.
Aku kenal siapa haters aku.
Itu yang penting. Sebab apa aku kata penting mengenali haters ni?
Sebab :

Kau  kene kenal cara permainan dia.
Pasal apa kau kene kenal cara permainan dia? Pasal takkan kau nak biarkan dia
gamekan kau sepanjang masa. Hello. Jangan nak jadi serupa bongok sangat.
Bila kau dah kenal cara permainan dia, kau main la skali.
Jangan biar dia menang. Bukan apa. Dah kata game.
This is your life, Dude.
Kau ingat ini game dalam computer @ dalam smart phone kau?
Kau ingat kau boleh restart?
Nah. Jari tengah.

Whatever it is, Keep Your Head High.
Ingat. Bila kita ada haters, maksudnya Allah ada bagi sesuatu kelebihan pada kita.
Dan masa yang sama, jangan la kau berlagak tak bertempat.
Point sekarang, bukan nak tunjuk lagak, siapa hebat, siapa hero.
Point sekarang, Kita kene buat untuk diri sendiri.
Kita kene jadi diri sendiri. Jangan suka-suka kau nak ubah diri kau hanya kerana
kau tanak ada haters.

Eh. Bukan ke ada haters ni, Hidup lagi glamor?
Pergi meninggal. Payah kalau hidup ada haters. Gila kau?
Kau nak buat amenda pun, dia dok usha. Perati jer.
Kau kalau selebriti tak pe gak. Ini takat machai serupa aku, baik toksah.
Buat malu jer. Heh.

**
Senang cerita macam ni.
Kalau kau dah tawu ada Haters.
Kau buat relax jer. Orang melayu kata buat bodoh.
Tapi jangan jadi bodoh.
Ada benda boleh lawan. Ada benda kita diamkan aja.
Sebab,
Haters ni bodoh. Kalau kita layan,
Dengan kita kita sekali bodoh.
Ingat. Buat derk jer.

Budak haters tu bukan dapat kerja kerajaan pun kalau membenci kita.
Hiks.






Friday, December 28, 2012

Pulau Pangkor

Kau tawu aku pergi Pulau Pangkor?
Tak Tawu?
Meh nak bagi tahu.

Situasinya :
Bercuti ke Pulau Pangkor ni plan lama dah.
Tapi bila tiba masa nak pergi, Kita orang satu family tak pergi.
So aku rasa macam..
"Shit. wa dah apply cuti sampai 3 hari, Lu orang tak jadi pergi"
But then hari Isnin bersamaan 24Dec2012
Mak wa, balik dari sekolah terus cakap

"Oi.Kau pergi pack beg. Kite pergi Pangkor"
Wa rasa macam..
"Isk Mak ni.. Grrrr"

Ok Ok.
So aku pack baju untuk 3hari 2malam.
even aku tatau baper hari aku nak pergi sana.


24-Dec-2012
3.00pm

Aku start kereta terus pergi ke Pulau Pangkor.
Arrive kat Lumut untuk naik feri jam 7.00pm
Memula risau jugak. Kot-kot tak dapat naik feri.
Turns out feri paling last jam 8.30pm
so, sempat la naik feri.
The good news is, if kau-kau (baca: kau orang) risau takda hotel kat Pangkor,
Aku dengan bangga menyatakan bahwa, tak perlu panik.
Sebab kat jeti tu, ada agent yang tunggu dan boleh offer kau-kau hotel yang masih kosong.

Tiket naik Feri RM10 untuk dua hala (pergi-balik)
Hotel plak. Depends hotel mana yang kau-kau nak check in.
Macam aku, Aku check in Hotel Bay View yang terletak di Teluk Nipah.

You nak tawu?
Teluk Nipah adalah tempat paling happening untuk lepak.
sebab kat situ ada banyak kedai-kedai yang menjual buah tangan yang sesuai nak dibeli.
Then kat situ ada banyak kedai makan.
Jangan risau. Tak mati duduk situ.
Antara benda fun yang aku rasa kau-kau boleh buat disitu ialah

 
Sewa basikal. Jalan-jalan satu pulau
Sewa motor. Olso jalan-jalan satu pulau
Snookeling. (Yer ke dak aku eja nih?)
Bayar RM30 untuk 2 orang. - Pusing pulau naik bot
Beli beger makan kat tepi pantai.
Duduk tepi pantai
Mandi pantai
Bagi ikan makan.
 
So itu antara benda yang kau boleh buat.
Tapi kalau kau lagi kreatif, kau punya pasal la nak buat apa pun.
Hehehe.
 
So dah takda menda apa yang aku nak bebel.
Kau layan gambar.
 
p/s : Gambar amik pakai Samsung Young jer. Jangan banyak bunyikkk.
 





 


 
 
 
Ok itu jer gambar yang sesuai nak di-show off kan.
ghahaha.
 
Babaiii kau-kauuu!
 
 
 
 


Thursday, December 27, 2012

Tanah Aina - Season 3

Hehee..
Meh nak sambung cerita 3rd day kat Tanah Aina.
Bila 3rd day means dah nak balik.
Masa nak balik ni rasa excited sangat wa cakap sama lu.
Sebab apa?
Sebab tak sabar nak anta sms, main FB, Twitter, Instag, Bla.bla..bla.

3Hari tak online rasa macam disconnected terus dari dunia luar.
Sadisss hidup.

730am
Macam biasa. Lepas bersiap semua, kami semua roomates pergi sarapan.
Harini team kami buat explore race. E X P L O R E  R A C E.

 
 
 
Warggghhhhhhhhhhhh.
Jilakak.
Wa dah tak boleh create new post.
wa dah tak boleeehhhh.
wa dah stuck.
S T U C K !!
 
 
 
Maap Lah. Yer?
Kiokiokhiokkiiookkkk


Thursday, December 20, 2012

Tanah Aina - Season 2

2nd Day
Location : Tanah Aina

Pagi subuh around 630am roomate aku semua dah bangun. Masing-masing bersiap solat subuh. Tak liat pun bangun pagi. Yerla kan... tempat sejuk, nyaman, sunyi, cengkerik berbunyi-bunyi. Mana mungkin tak ngantuk. Pas bersiap pagi tu, around 715am kita orang keluar. Pergi sarapan.

Kau tawu apa diorg serve untuk sarapan? Melambak wei aku cakap menu diorg.
M.E.L.A.M.B.A.K !
Nasi Lemak
Roti Canai
Bijirin sarapan + Susu Segar
Ubi Rebus
Pancakes
Dessert
Kopi
Tea
Misai Kucing
Nescafe
 
Ini yang aku ingat. Yang aku tak ingat, ada lagi la kiranya. Faham?
So jangan mengada kalau kau risau makanan tak cukup kat sana.
memang tak akan lapar.
 
 
8.30am
Pagi ini activity yang kita orang buat is Flying Fox. Haaa Gitewwww. Nak aku repeat ke?
Tak payah la eh. Apa kau ingat aku tak berani buat flying fox?
 
But before that, Pagi-pagi lepas kau orang solat subuh tu kan, aku advise kan kau orang pergi memanjat belakang dorm bilik kau orang. Menuju ke Peak Into Paradise. Nak tawu kenapa?
Sebab view ni confirm kau orang jarang tengok kat area KL.
 
"Batak jadinya kalau dah terbiasa tengok bangunan"
 




 
 
 
Lepas dah puas tengok pemandangan yang SubhanALLAH cantik nih
boleh ler layan tengok Flying Fox.
 







 
 
Ha? Ape?
Kenapa gambar aku takda?
Sebab aku second round. Bila second round, Photographer pun dah hilang.
Jadi, jangan kata kau tak dapat tengok.
Dengan aku-aku sekali ternganga sbb takda gambar.
Nasib baik ada video.
Bhahahahaha.
 
 
2.00pm
Kita orang bersiap-siap untuk bertolak menuju ke Leap of Faith.
Gempak wa cakap sama lu tempat tu.
Perjalanan dari main lobby Tanah Aina ke tempat tu makan masa 20min-30min
Jalan dia memang adventure gila. Tapi of coz selamat. Nothing to worry about.
Kau-kau (Baca : Korang) dinasihati jangan bawa barang-barang berharga.
barang berharga boleh diletakkan dibawah pengawasan Admin Tanah Aina.
Yang nak bawak camera, please make sure kau ada beg yang kalis air.
sebab, kau akan rentas 2 jenis sungai.
1 - air takat pinggang
2 - air melepasi kepala. Kau kene swim. kalau tak pandai swim, takpe. Kau boleh naik pelampung and orang Tanah Aina akan tolak kau menyeberang.
Tapi, memang selamat tempat tu. InshaALLAH.
Sebab memang awal-awal lagi diorg dah suruh kita pakai life jacket. Ala yang jacket orang selalu pakai kalau nak masuk air tu. Ha. Selamat. Jangan takut.
 
Time ni memang takda picture yang nak di-show off kan lah. sebab tak bawak camera sekali. Tapi tengok lah kalau photographer consultant ada snap aku yang mesra camera nih. Kalau ada, nanti aku upload dalam blog. ok? so make sure kau-kau step by kat sini lagi.
 
Dah sampai kat Leap Of Faith tu nanti, jangan lupa terjun.
Faham?
Tak Faham?
Tak faham tak pe.
Nanti kau pergi sana, kau faham
Tapi. MESTI TERJUN.
Kalau tak, rugi perjalanan kau selama 30min tu.
 
Aku terjun.
Serius.
Aku terjun
And i'm proud of doing it.
Once in my life time
 
In B4, Ini picture sebelum bertolak.
 


 
 
 
8.00pm
Malam BBQ.
 
Biasa la wei. Kalau trip dalam hutan ni, kalau takda malam BBQ, memang mustahil la. kan?
dan lagi mustahil kalau malam BBQ ni takde group performance. Sebelum buat group performance, kita orang ada activity indoor. Bina zirafah dari kertas. Consultant tu cakap, selama dia buat kerja ni, dia tak pernah tengok zirafah mati. Isk Isk Isk..
 



 
Tu. Kau nampak tak zirafah yang dah mati tu?
Group Nazam.
Bahahahaahhahahahahaha
 
 
Sekali lagi.
Bahahahaahahahaha.
 




 
 
Ini Malam BBQ. Second day.
Nanti esok, lusa, tulat, bulat, lonjong,
Aku sambung citer hari ke-3.
OK?
 
 
Bubbyyeeeeee!
xoxo